Friday, 18 February 2022

One Asma' Chapter 3

 Selepas selesai berkenalan, Iffah pun duduk termenung di atas katil. Sambil termenung, sambil memerhati orang yang baru masuk. Petang pun menjelma. Bilangan orang yang masuk keluar bilik pun mula berkurangan. Iffah pun turun dari katil meninjau keadaan bilik. 

Setelah beberapa langkah menapak, Iffah terlihat kelibat seorang pelajar sedang duduk di atas katil. "Assalamualaikum. Nama apa?" Iffah bertanya. Nama pelajar tersebut ialah Nurul Amirah. Maka, Iffah pun perkenalkan diri. "Asal mana?" tanya Iffah. "Penang" jawab Amirah. "La, kami pun oghang penang jugak." Iffah menjawab. Rupa-rupanya, mereka berdua berasal dari Penang. Kebetulan pula, mereka berdua juga sekelas, Tingkatan 1 Khadijah 3.

Bilik Asma' 1 juga mempunyai ramai pelajar luar negeri. Syammas dari Kedah, Hani dari Melaka, Ieman dari Selangor, Anis Syukriah dan Aqilah dari Terengganu. 

Pada hari pertama persekolahan, mereka ke sekolah bersama-sama. Mereka menghadapi masalah komunikasi kerana dialek Kelate yang digunakan di dalam kelas. Namun, masalah komunikasi dapat diatasi dengan pertolongan rakan-rakan sekelas. 

Pada minggu balik, kebanyakan pelajar asrama pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal di bilik hanyalah 3 budak utara dengan seorang senior tingkatan 4 yang baru berpindah ke MMP, Kak Nisah, orang Selangor. Manakala yang lain-lain pulang ke rumah nenek atau saudara mereka. 

Jadi, warden mengumpulkan pelajar-pelajar yang tidak pulang di dalam satu/dua bilik sahaja. Pada waktu tersebut, bilangan yang tidak pulang memang teramat sedikit. Makanan pun perlu dibeli di luar kerana dewan makan tidak menyediakan makanan. 

No comments:

Post a Comment