Wednesday, 8 December 2021

One Asma' Chapter 2

 Chapter 2


Setelah beberapa hari menunggu, surat tawaran berserta segala jenis borang tiba menandakan bahawa Iffah berjaya menempatkan diri di MMPKB. Maka, segala persediaan untuk berangkat ke Kelantan dilaksanakan. Maklumlah, pertama kali bakal berkelana di bumi lain seorang diri tanpa sebarang kenalan. 

Hari pendaftaran pun berkunjung tiba. Setelah mendaftarkan diri di kelas 1Khadijah 3, Iffah mendaftarkan diri di asrama pula. Ternyata bilik yang bakal dihuninya adalah Asma' 1 (1A). Blok Asma' adalah blok terbaru berbanding blok lainnya meskipun telah berdiri di situ lebih daripada 10 tahun. 

Pertama kali menjejakkan kaki di dalam bilik, perasan terkejut tidak dapat digambarkan kerana ianya tidak seperti yang dibayangkan. Iffah membayangkan yang setiap bilik adalah seperti asrama sekolah kementerian. Rupa-rupanya, keadaan asrama di MMPKB adalah jauh dari bayangan minda. Jumlah penghuni di bilik 1A sahaja sudah melebihi 40 orang. Katilnya double-decker, dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil, satu kumpulan ada 4 katil double-decker, dengan jumlah maksimum 8 orang. 

Iffah ditempatkan di katil atas berdekatan dengan pintu masuk ke bilik. Bercakap mengenai pintu, pintu di setiap tingkat hanyalah ada di hujung koridor. Disebabkan 1A bilik yang paling awal, maka dekatlah kami dengan pintu tersebut. Tambahan pula, bilik kami tidak dilengkapi dengan pintu khusus, hanya pintu gerbang semata. Agak bahaya jika difikirkan, tapi mujur setiap malam pintu pagar blok dikunci dan pintu di koridor utama pun turut dikunci. 

Katil bawah Iffah juga dihuni oleh pelajar baru. Namanya Nurul, orang Kelantan. Kumpulan katil kami terdiri daripada 4 pelajar tingkatan 1 termasuk Faten dan Nayli, serta Kak Mah (senior tingkatan 5) serta 2 orang lagi (tak ingat siapakah). 

Almari pun hanyalah bersebelahan katil sahaja. Almarinya pun tidaklah sebesar asrama sekolah kerajaan, almari 2 pintu, seorang akan dapat satu pintu. Loker buku pun dikongsi 2 orang satu loker. Minimalis habisan. Walaupun begitu, semangat untuk menuntut ilmu di negeri serambi Mekah terus berkobar-kobar. 

No comments:

Post a Comment