Friday, 18 February 2022

One Asma' Chapter 4 (Kejar-mengejar penceroboh)


Tahun berikutnya, bilangan pelajar luar negeri bertambah. Adik Iffah, Izzati juga menyambungkan pelajaran di situ. Junior Amirah, Sarah dan Aqilah, serta junior Syammas, Hawa, turut sama sambung belajar di MMP. Maka, bertambahlah bilangan pelajar yang tidak pulang pada minggu balik. 

P/s: sila rujuk gambar di atas untuk kedudukan kawasan aspuri. Bangunan yang bertanda X masih belum wujud pada ketika itu. 

Pada suatu petang hari persekolahan, kesemua pelajar perlu mengosongkan blok masing-masing dan ke masjid aspuri (surau). Setelah selesai menunaikan solat magrib, tiba-tiba terdengar jeritan dari blok A. Jeritan itu datangnya daripada pelajar yang tidak turun blok. Setelah disoal, dia menyatakan bahawa ternampak kelibat seorang lelaki di dalam blok. 

Perkara tersebut dimaklumkan kepada warden. Kemudian, semua pelajar diminta untuk naik ke blok masing-masing serta memastikan tiada barang yang dicuri. Boleh dikatakan setiap pelajar memegang apa sahaja alatan yang boleh dijadikan senjata seperti penyapu, penyodok, gunting dan sebagainya. [ Waktu ni aku pegang gunting kertas kalau tak salah. Adrenalin memuncak, duk pikiaq kalau jumpa, tibai saja. Dia sorang, kami ramai.]

Dalam keadaan kelang-kabut, terdengar pula jeritan lain mengatakan bahawa si lelaki itu telah menyamar sebagai pelajar dengan memakai telekung dan keluar dari blok menuju ke arah padang asrama. Maka, berbondong-bondonglah pelajar berlari mengejarnya. [ Mentang-mentanglah pakaian rasmi kami turun blok pakai telekung, dia pun join sekaki sebab nak konfiuskan orang]

Dikhabarkan bahawa si lelaki terbabit telah memanjat tangki air besar di tepi sekolah itu. Pada ketika itulah, pihak polis tiba. Mereka pun memeriksa tangki air tersebut. Kedengaran suara sekumpulan pemuda seperti bersorak kegembiraan merentas jalan besar pada waktu sama.  Setelah beberapa ketika, polis datang memaklumkan bahawa tiada apa-apa yang dijumpai.

Malam itu, kesemua pelajar diminta membaca surah Yasin disamping al-Mulk sebagai pelindung diri. Mereka juga bergilir-gilir berjaga di bilik masing-masing untuk keselamatan. Biarpun hampir 10 tahun berlalu, masih terbayang peristiwa kejar-mengejar itu sehingga kini. Antara pengalaman berharga bersekolah di sekolah perempuan membuktikan kami kuat dan berani dalam apa keadaan. Kita jaga kita [cewwahh]

Sehingga ke hari ini, banyak persoalan masih belum terungkap. Benarkah ada lelaki yang memecah masuk asrama? Kalau betul, bagaimana dia melakukannya? Satu-satunya cara adalah melalui pintu di rooftop (flat rooftop tempat sidai baju). Hendak dikatakan salah, sorakan kegembiraan pemuda tika itu menimbulkan syak wasangka. Hmmmm entahlah. Wallahualam. 


No comments:

Post a Comment