Chapter 1
"Along, ummi nak hantaq along masuk sekolah Nik Madihah tu." Kata-kata yang lahir dari bibir ummi menguatkan lagi perasaan seorang Iffah untuk menyambung pelajaran di bumi Maahad Muhammadi Perempuan, meskipun tempat tersebut jauh nun di negeri pantai timur sana.
Berbekalkan pertolongan daripada anak angkat mak tok yang menetap di Kelantan, urusan pengambilan borang diuruskan mereka. Akan tetapi, pemohon perlulah menduduki ujian kemasukan kerana sekolah tersebut merupakan salah sebuah sekolah kawalan.
Maka, berangkatlah Iffah dan keluarganya ke negeri Serambi Makkah dari Pulau Pinang untuk ke ujian kemasukan tersebut. Setibanya di sana, mareka bertemu dengan Cik Za dan Pak Cik Kamil terlebih dahulu. Mereka berdualah yang menolong urusan pengambilan borang dahulu. Mereka ditunjukkan lokasi sekolah tersebut supaya mudah bagi mereka untuk ke sana pada awal pagi keesokannya.
Keesokan harinya, mereka pergi ke sekolah tersebut pada awal pagi. Namun begitu, cuaca amat teruk sekali dengan hujan lebatnya dek kerana musim tengkujuh. Mujurlah Iffah sempat tiba tepat pada waktunya sebelum ujian bermula.
Ujian kemasukan itu terbahagi kepada dua iaitu ujian bertulis yang merangkumi pengetahuan am agama Islam serta ujian membaca dan hafazan yang merangkumi bacaan al-Quran dan hafazan surah-surah lazim.
Menurut taklimat yang diberikan kepada ibu bapa, hanya 10% sahaja pelajar luar negeri yang akan diambil untuk setiap kemasukan dan yang selebihnya diutamakan untuk pelajar dari Kelantan.
Iffah berharap agar dia diterima untuk kemasukan kali ini. Jika tidak, dia perlu ke SMKA (P) Al-Mashoor. Bila difikirkan kembali, semua sekolah yang dimohonnya adalah sekolah perempuan termasuklah Kolej Tunku Kurshiah. Tekadnya untuk lari dari lelaki amat tinggi sehingga semua sekolah yang dimohonnya adalah all-girls schools. Dia ingin lari jauh dari Penang, lari jauh dari scandalsnya, mencari dan meneroka dunia baru di luar sana.
No comments:
Post a Comment